Sekiranya anda mengakses portal iBAYAQ ini, anda mengakui dan bersetuju bahawa terma-terma dan syarat-syarat yang mengikat anda merupakan satu perjanjian diantara anda sebagai pengguna, dengan Pihak Kerajaan Negeri Kedah.
Semua pembayaran adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
-
Semua jumlah dinyatakan ialah dalam MYR - Malaysia Ringgit.
-
Pihak Kerajaan Negeri Kedah tidak akan menerima sebarang liabiliti bagi bayaran yang tidak diterima oleh akaun agensi yang betul jika anda memasukkan nombor akaun yang tidak betul atau butiran peribadi yang tidak tepat. Kami juga tidak akan menerima sebarang liabiliti jika bayaran anda tidak dibenarkan atau ditolak.
-
Anda akan menerima pengesahan bayaran pada skrin dan juga emel selepas membuat pembayaran. Anda boleh mencetak bukti pembayaran apabila transaksi telah selesai (berjaya).
-
Resit pembayaran yang dicetak adalah sah diperlakukan untuk sebarang urusan rasmi.
-
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bayaran berlebihan dan layak untuk menuntut bayaran balik, sila hubungi agensi/jabatan berkaitan.
-
Semua butir-butir pembayaran yang dimasukkan melalui portal iBAYAQ ini adalah disulitkan (encrypted) apabila anda sebagai pengguna membuat pembayaran.
-
Pihak Kerajaan Negeri tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kegagalan oleh semasa membuat pembayaran untuk melindungi data pada skrin daripada dilihat orang lain atau diperolehi oleh mereka yang terbabit, semasa proses pembayaran dalam talian.
-
Pihak Kerajaan Negeri boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau keseluruhan perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, berkuatkuasa serta merta.
-
Pihak Kerajaan Negeri mempunyai hak pada setiap masa untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini.
-
Pihak Kerajaan Negeri mempunyai hak pada bila-bila masa dan dari masa ke semasa untuk mengubahsuai atau menamatkan, secara sementara atau tetap, perkhidmatan (atau mana-mana bahagian daripadanya) dengan atau tanpa notis.